Wednesday, March 18, 2009

lukisan x seberapa nihhhh



emmm.... dah lame gak x tengok blog aku ni... maklum r banyak assignment nak kena wat.... sebenarnye x de pe nak post pe2 cite baru.. emmm...ni de la ckit lukisan yang aku wat dalam aktiviti ko-k aku ...

Saturday, February 14, 2009

makan megi - BAGUS SGT KE????


SITUASI 1

skang nie saya lihat ramai mahasiswa/wi time nak shopping jek , megi la makanan yg laris dibeli. orang kate, makan megi jimat duit (PTPTN).... harganye pon murah... sedap plak tu... banyak pilihan perisa.... ble kenyang gak la....
berbanding roti ( gardenia, hi5, ) x kenyang,,... beli roti tu kena beli jem lagi, tuna plak..,,, lagi banyak hal nak kuar duit lagi,,.. expired date pon kejap jek... biskut ( jacobs, hup seng)plak mahal...,, makan byk2 biskut pe ja yg dapat,.habuk je..... bukannye kenyang pon... 10 minit nanti lapar balik....

rata2 suma nak save pinjaman ptptn laaaa..... bagi yg pow duit mak ayah tu ble r x pandang megi tapi bg yg sogan nak mintak tu,, layan megi je la jawabnyeeee....
w/p mereka tau kesihatan mmg sgt penting,, tetapi perbelanjaan duit PTPTN itu lebih kpd utk beli buku, potostet, print assignmnet,, bayar top up........ mmg setiap hari mrk ni de belanja makan nasi & lauk tapi nak stay up malam nk study, x cukup wat air kopi, masak megi sekali plak tu biar selesa & x ngantuk baru da semangat nak sambung study...


SITUASI 2 ingat lagi ketika saya di sekolah menengah (asrama) dulu, ramai yang suka makan megi..(tapi saya biase jeekkk) kwn2 yg x suka tu boleh dibilang ngan jari kaki lagi tuhhh.... bile outing je,x sah setiap beg plastik ade bungkusan megi.. pastu makan ramai2 kat dorm lagi seronok.... diowg suma pon taw keburukkan megi nih... ade yg kate otak jadi lembap la,,, melemahkan ingatan.,,,, rambut gugur mcm leukimia laaa tapi diowg selambe jek makan... ade yg cakap gak lepas makan megi x boleh makan megi lagi selama 4 hari... boleh caye ke?????? ade yg x percaya lagi budak2 pandai... diowg cakap "tengok r aku, tiap kali
exam jek mesti aku nye result gempak... termasuk dalam senarai top5 taw..!!! relaks la... makan megi ape salahnya... Tgk la aku, mane ada otak aku jadi lembap, aku makan megi ok jekk... Ni sebenarnya bukan salah megi, salah sikap kowg yang x bace buku bile nak exam... asyik main jek mcm ne nak pandai."

hal2 mcm ni la lg bertambah masalah sebab dah mempengaruhi kwn2 yg lain... so, lebih parah la mereka2 ini coz makan megi tanpa ade rase risau.


SITUASI 3
ade la kwn saya ni kalo nak makan megi ( secara rendam ngan air panas shj) boleh tapi perencahnye jgn dimasukkan semua dalam mangkuk. bahaya tu coz perencah tu ade bahan2 yang boleh mendatangkan kanser... kandungan MSG banyak sgt.... bahayeeee..... tapi kalo ambik sedikit jek perencah yang tu xpe..dibolehkan....


tapi kalo masak guna dapur gas @ rice cooker pelbagai guna, jika dimasukkan semua perisa boleh dgn syarat campurkanlah sayur kobis ke, telur ke pe2 je la... ni sebab ble seimbangkan @ menurunkan tahap bahaya megi tu...


KESIMPULAN
saya dah menulis 3 perbandingan situasi.... namun ini la yg selalu terjadi disekeliling kita. mi segera mmg bahaya dimakan.... setahu saya, ia diibarat macam makan sampah coz x m'bawa pe2 khasiat pon. Lg m'datangkan kemudharatan da la.
saya meminta sape2 yang boleh komen pasal masalah ini supaya memberi pandangan dan pengetahuan ttg bahayanya mi segera ini....

bila cinta mula berbicara


Suatu ketika, seorang wanita kelihatan amat sedih. Wajahnya kusut masai. Air mukanya letih menahan tangis. Rupanya, dia baru saja kehilangan anak tercintanya untuk selama- lamanya.

Atas nasihat orang di desa, ia menemui seorang tua bijak di pinggir hutan. Mereka berkata, siapa tahu orang bijak itu dapat membantu menyelesaikan masalahnya. Kerana merasa amat cinta kepada anaknya yang telah mati itu, ia amat berharap agar dapat bertemu dengan orang bijak itu. Ditempuhlah perjalanan yang jauh dengan cepatnya.

Sesampainya disana, dia bertanya, "Guru, apakah Anda memiliki ramuan ajaib untuk mengembalikan anakku?"
Sang Guru tidak berusaha untuk berbalah atau menghalau wanita itu kerana permintaannya yang tidak masuk akal.

Dia cuma berkata, "Carilah bunga merah dari rumah yang tidak mengenal "kesedihan". Setelah kamu bertemu bunga itu, kita akan bersama-sama membuat ramuan ajaib untuk menghidupkan kembali puteramu."

Selesai mendengar itu, wanita tersebut segera berangkat mencari kemahuan sang guru.

Dalam perjalanan, dia nampak bingung. Tak ada satu petunjuk pun tentang di mana dan bagaimana bentuk rumah itu. Hinggalah, dia tiba di depan rumah mewah.

"Mungkin, penghuni rumah itu tak pernah mengenal kesedihan,"ucap wanita itu dalam hati.

Setelah mengetuk pintu, dia berkata, "saya mencari rumah yang tidak pernah mengalami kesedihan. Inikah tempatnya ?"
Wajah sang wanita masih memperlihatkan raut bersedih. Dari dalam rumah, terlihat wajah yang tak kalah sedih.

Pemilik rumah itu menjawab, "Kamu datang ke rumah yang salah."
Pemilik rumah itu bercerita tentang tragedi yang dialami keluarganya . Ia tak hanya kehilangan seorang anak, tapi juga suami dan kedua orangtuanya kerana kemalangan. Si wanita berasa amat kecewa.

Namun, dia menjadi terharu dengan cerita tuan rumah. Ia berfikir, "Siapa yang boleh membantu orang yang nasibnya lebih malang dari saya ini?"
Dia memutuskan untuk tinggal di sana dan menghiburkan pemilik rumah itu. Beberapa hari lamanya, dia bersama wanita pemilik rumah itu, saling bantu-membantu untuk menjalani hidup.

Beberapa minggu berlalu, wanita itu pun berasa si tuan rumah sudah kelihatan lebih baik. Lalu, ia berangkat lagi mencari rumah berikutnya. Tetapi, ke mana pun dia pergi, selalu bertemu kesedihan orang lain. Akhirnya, dia berasa bertanggungjawab untuk menghiburkan semua orang yang dikunjunginya. Hingga akhirnya, dia pun melupakan misinya.

PENGAJARAN CERITA INI:

Kita belajar makna cinta dari seorang ibu yang menyusui anaknya dalam dukungan. Kedua belah tangannya sibuk membetulkan selimut si bayi. Dalam dadanya tiada sesuatu selain ketulusan memberi atas nama cinta. Kita belajar makna cinta dari seorang ayah yang membawa pulang sekarung padi dan sejag air setelah seharian berpenat-lelah di sawah. Dalam dadanya, tiada sesuatu selain kegembiraan memberi atas nama cinta. Kerana cinta bukan hanya sekadar pelukan hangat, belaian lembut, atau kata-kata penuh romantis. Kita belajar apa itu cinta dari apa pun yang ada di muka bumi. Dari cahaya matahari, dari sepasang merpati, dari sujud dan tengadah doa. Dari apapun! Pada semua kelahiran yang bersambut dengan cinta, hingga kematian dalam cinta, kita dalam hidup ini, tiada lain selain mewujudkan cinta. Kerana itu, tiada yang boleh kita lakukan selain atas nama cinta kita yang teragung: cinta buat Yang Maha Agung, Allah SWT. Apapun keputusan-NYA buat kita, Allah yang berbicara, yang menentukan untung-nasib kita, kerana setiap sesuatu yang menyedihkan itu ada hikmah-Nya.

Sunday, February 8, 2009

pengalaman tak terjangka

Pada 20 Januari lalu, pengalaman tak terjangka coz berpeluang utk menyertai perlawanan persahabatan futsal sebagai wakil UUM vs The American of Cairo.
Bunyi pon menakutkan gak... heeeee...
Namun kemenangan tak berpihak pada team kitwg. Hanya tewas 1-4 jekk.... Saya sebagai keeper futsal, tendangan dr minah2 asia barat nih mcm jantan ckit... B'gegar tangan nihhh tepis bola diowg. Tak boleh bla plak dressing pihak lawan nihh seksi sungguh... Pakai skirt jekk... Nak kate diowg ni org islam boleh gak coz dari kaherah, Mesir... Entahla....
Whatever ,,,,,,,terime kacih laa penyokong2 UUM yg sudi dtg kt Pusat Sukan bagi sokongan... Kepada semua team futsal UUM, cayalah kowg suma..... Sorry r xdpt nak selitkan gambar sekali..... =)